Wake Up Muslims || Free Our Mind || Rise Of Islam

Dengan menyebut nama Allah yang maha pengasih lagi maha penyayang. Selamat Hari Raya 'Eidilfitri Minal 'Aidil Walfaidzin Maaf Zahir Batin Dari Kami Jihadmaya Blogs 1432H

Himpunan Hadis


Random Hadith Widget

Friday, July 29, 2011

Doa Atau Niat Sebelum Dan Berbuka Puasa





NIAT PUASA BULAN RAMADHAN

Lafaz niat untuk sebulan
 

Nawaitu sauma syahri ramadhana kulihi lillahitaala

Maksudnya

Sahaja aku berpuasa keseluruhan bulan Ramadhan kerana Allah Ta”ala


NIAT PUASA SEBULAN RAMADHAN

Ada pendapat yang mengatakan boleh kita berniat terus sebulan Ramadhan, seperti berikut;

    Berniat pada tiap-tiap malam ini khusus bagi puasa wajib sahaja, iaitu puasa bulan Ramadhan, nazar, kaffarah, qadha dan fidyah haji. Masa berniat itu mulai terbenam matahari hinggalah sebelum terbit fajar shadiq.

    Di samping kita wajib berniat pada tiap-tiap hari, kita juga digalakkan untuk berniat dengan niat satu bulan penuh, itupun hanya di awal bulan Ramadhan sahaja. Tujuannya ialah untuk berjaga-jaga kalau-kalau kita terlupa berniat pada malam-malam berikutnya dengan bertaqlid kepada mazhab Imam Malik. Maka dengan adanya kita berniat sebulan itu akan menampung niat pada hari yang kita lupa itu. Akan tetapi niat tersebut tidak akan dikira niat sebulan jika ia diniatkan setelah berlalu satu Ramadhan. Contohnya orang yang berpuasa itu berniat dengan niat puasa sebulan pada hari kedua puasa, maka niat tersebut tidak sah.

    Maka dalam hal ini, perkara penting yang mesti kita ambil perhatian ialah kita wajib berniat puasa pada tiap-tiap malam, dan sebaiknya kita juga berniat puasa sebulan pada permulaan Ramadhan sebagai langkah berjaga-jaga kalau-kalau ada hari kita terlupa berniat.

    Ini bererti niat pada tiap-tiap malam itu tidak boleh kita tinggalkan dengan sengaja kerana sudah berniat puasa sebulan adalah tidak memadai dan tidak sah puasa selain puasa hari pertama Ramadhan jika ia dikerjakan dengan hanya berniat satu bulan sahaja tanpa disertai dengan niat puasa setiap hari.


Lafaz niat puasa (harian)



nawaitu souma godhin ‘an adaa i, fardhi syahri ramadhaana haadzihis sanati lillahi ta’aalaa

Maksud

Sahaja aku berpuasa esok hari menunaikan Fardhu Ramadhan tahun ini kerana Allah Ta’ala
 



Doa Berbuka Puasa #1

ذَهَبَ الظَّمَأُ، وابْتَلَّتِ الْعُرُوقُ، وثَبَتَ اْلأَجْرُ إِنْ شَاءَاللهُ

“Dzahabazh zhoma’u wabtallatil ‘uruqu wa tsabatal ajru insya Allah”

Maksud

"Telah pergi kehausan, urat-urat telah dibasahi dan ganjaran ada pasti, dengan kehendak Allah"

[Hadith diriwayatkan oleh Abu Daud #2357, Al-Daaraquthni #25, Ibn Hajar didalam al-Talhis al-Habiir (2/202) : Al-Daaraquthni mengatakan bahawa hadith ini Isnadnya Sahih"

Doa Berbuka Puasa #2

 


allahumma laka somtu wa bika aamantu wa ‘alaa rizqika afthartu birahmatika ya arhamarrohimin

Maksudnya

Ya Allah bagi Engkau aku berpuasa dan dengan Engkau aku beriman dan dengan rezeki Engkau aku berbuka dengan rahmat Engkau wahai yang Maha Pengasih dan Penyayang.

"Ya Allah, Aku telah berpuasa, keatas reskimu aku berbuka"
[Hadith riwayat Abu Daud #2358, Ia mursal hadith maka ia bertaraf daif. Al-Albani telah mengkelas hadith ini Daif didalam Daif Abi Daud].

Sebagai kesimpulan, tidaklah menjadi satu kesalahan membaca do'a-do'a yang tidak bertentangan dengan syariat yang tidak terdapat didalam Al-Quran dan Hadith, sebagai contoh selepas Solat, kita boleh berdo'a kepada Allah swt memohon apa sahaja yang kita kehendaki asalkan ianya tidak lari dari batas yang dibenarkan oleh syara'.

wallahu'alam.





Doa Selepas Berbuka Puasa

Maksudnya

Ya Allah! Kerana Engkau aku berbuka puasa dan kepada Engkau aku beriman dan atas rezeki dari Engkau aku berbuka puasa telah hilang dahaga sudah menjadi basah segala urat. Ya Allah! Aku minta diampuni dosaku dengan rahmat Engkau yang meliputi segala sesuatu.



Sabda Nabi s.a.w (maksudnya);

”Apabila berbuka puasa, maka berbukalah dengan buah tamar. Jika tiada buah tamar, maka berbukalah dengan air kerana ia bersih.” (Riwayat Bukhari)

Sabda Nabi s.a.w (maksudnya);

”Sesiapa yang tidak berazam puasa sebelum fajar, maka tiadalah puasa baginya.” (Riwayat Ahmad)

Kelebihan Menyegerakan Berbuka Puasa

"Daripada Sahal bin Said r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: “Orang yang menyegerakan berbuka puasa setelah masuk waktunya akan mendapat kebaikan yang berterusan”. (Imam Bukhari Dan Muslim)


PS : Selamat Menunaikan Ibadah Ramadhan Al Mubarak Semoga Kita Dapat Keberkataan Di Bulan Yang Mulia Ini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...